ASSALAMUALAIKUM SELAMAT DATANG KE BLOG SURAU AN-NAIM TAMAN KELISA - SEMOGA AMALAN KITA PADA HARI INI LEBIH BAIK DARI HARI SEMALAM - MARILAH KITA WARGA MERGONG PERDANA SAMA-SAMA MENGIMARAHKAN RUMAH ALLAH ............ AMIN
Memaparkan catatan dengan label Ustaz Mohd Sayuthi Bin Sanusi - Video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ustaz Mohd Sayuthi Bin Sanusi - Video. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Mac 2015


Ustaz Mohd Sayuthi Sanusi mengupas kitab
 Munyatul Musolli karya Syeikh Abdullah Daud Fathoni



Kitab ini dinamakan "Minyatul Musolli" [مِنْيَةُ الْمُصَلِّى]. Boleh juga dibaca "Munyatul Musolli" [مُنْيَةُ الْمُصَلِّى]. Kalimah "minyah" [مِنْيَةُ] ialah kalimah mufrad atau 'singular', jamak [مِنَن] atau [مُنَن] dengan membawa maksud 'orang yang amat berkehendak' ataupun 'sesuatu yang amat dikehendaki'. Jadi 'minyatul musolli' membawa maksuي 'sesuatu yang amat dikehendaki oleh orang yang bersembahyang'. Seseorang yang ingin mendirikan sembahyang sangat berhajat kepada buku ini jika dia ingin melakukan sembahyang yang sempurna. Jangan dibaca dengan "Maniyyatul Musolli" [مَنِيَّةُ الْمُصَلِّى] kerana ia membawa maksud 'mati orang yang sembahyang'. Pengarang kitab ini terkenal dengan nama As-Sheikh Daud Al-Fatani. Nama yang mashur dikalangan ahli akedemik ialah Al-'Alimul A'llamah Al-Hibrul Fahhamah Al-Wari'ul Kamil Al-Fadhil Al-Muhaqqiq Al-'Amil Al-'Arifur Rabbani Sayyid As-Syeikh Daud Abdullah Al-Fatani

[العالم العلامة الحبر الفهامة الوارع الكامل الفاضل المحقق العامل العارف الربانى السيد الشيخ داود عبد الله الفطانى]. Setiap gelaran ini mewakili peribadi beliau iaitu Al-'Alimul A'llamah, orang yang mengetahui dan benar-benar mengetahui, Al-Hibrul Fahhamah, faham apa yang ditulis, Al-Wari'ul Kamil, orang yang sempurna kewarakan, Al-Fadhil, yang mempunyai kelebihan, Al-Muhaqqiq, editor kitab, Al-Amil, orang yang beramal dengan ilmunya, Al-'Arifur Rabbani, gelaran bagi ahli tarikat yang sampai tarikatnya kepada junjungan Rasulullah s.a.w. Mazhab fekah beliau ialah mazhab Shafe'i. Lahir pada tahun 1133H wafat 1297H bersamaan 1847 Masihi dengan umur 164. Belajar 30 tahun di Mekkah dan 5 tahun di Madinah. Beliau berjaya mengarang dan menterjemah lebih daripada seratus buah kitab.