KULIAH SUBUH 08-05-2015
Mukadimah
Surah ini diturunkan diMekah, mengandungi 30 ayat. Dinamakan Surah Al-Mulk (kuasa pemerintah), kerana pada awal surah ini, Allah Taala menegaskan kekuasaanNya yang mutlak,- menguasai pemerintahan dunia dan akhirat.
Intasari kandungan-: Menegaskan bahawa Allah yang telah metakdirkan adanya mati dan hidup makhluk-makhluknya - untuk menguji dan menzahirkan keadaan mereka, siapa diantaranya yang lebih baik ilmunya.
Seluruh alam yang diciptaNya itu, amatlah rapi dan tiada sebarang cacatnya. Kemudian digambarkannya peristiwa2 yang akan berlaku pada hari kiamat dan balasan buruk yang sangat2 mengerunkan, yang disediakan bagi orang2 yang kufur ingkar.
Sebaliknya: "Orang2 yang takut melangar hukum Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tolok melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
"(Maka lakukanlah perbuatan kamu ditempat yang tersembunyi atau yang nyata) dan tuturkanlah perkataan kamu secara rahsia atau terang2, (sama sahaja keadaannya kepada Allah) kerana sesunguhnya Allah amat mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung didalam dada, (apa lagi bila keluarnya berupa perbuataan atau perkataan)"
Setelah menerangkan berbagai-bagai jenis nikmatnya yang telah dilimpahkannya kepada makhluk2 nya , lalu diperintahkan Nabi Muhammad s.a.w. menegaskan: Bahawa Allah jualah yang menciptakan kamu dari tiada kepada ada, dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati - untuk bersyukur, tetapi amatlah sedekit kamu bersyukur.
oleh : Ustaz Mohamad Sayuthi Bin Hj. Sanusi
Timbalan Pendaftar
Kolej Unuversiti Insaniah (KUIN)